Tuesday, 15 December 2015

Keputusan Peperiksaan PT3 2015

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh

Tarikh : 14 Disember 2015
Tempat : Dewan Besar Al-Khawarizmi

Peningkatan GPS sekolah :
2014 : 2.02
2015: 1.76

~Tahniah diucapkan Kepada Semua Calon PT3 pada tahun 2015 ini ~
(11A -3) (10A -3) (9A -6) (8A -3) (7A -11) (6A -11)

Don't worry gaizz !! Allah is the BEST planner,
So , move foward !! Do the BEST , Be the BEST !!

Dari Kanan :
Najmi Sobran Abd Rahim 11A , Hasif'Izzuddin Mohd Khalid 10A
Zainal Irfan Afif Zainal Abidin 11A , Muhammad Qayyum Maseran 8A

Kegembiraan Pelajar Tingkatan 3 2015 SEKOLAH MENENGAH AGAMA SAINS KUALA PILAH apabila menerima keputusan periksa mereka , Alhamdulillah !!
~ Pelajar Muslimin yang Soleh dan Bergaya ~

Kegembiraan Pelajar Tingkatan 3 2015 SEKOLAH MENENGAH AGAMA SAINS KUALA PILAH apabila menerima keputusan periksa mereka , Alhamdulillah !!
~ Pelajar Muslimat yang Solehah dan Baik ~

                          Selesai sudah menceritakan tentang kawan kawan yang seronok amik result , sekarang ni admin nak citer perasaan admin pulak bila dapat result PT3 nihh , Firstly , admin memang rase sedikit Hampa , sebab admin tak dapat straight A .. Tapi admin percaya bahawa Allah itu ialah Maha Perancang , So Allah ialah sebaik-baik perancang , Admin terima keputusan dengan hati yang sangat gembira !! WOHHHOOO !! 8A kot ... pecah otak nak belajar tau , huk3

Gambar admin ketika amik RESULT !!
Happy sangat !!
ZAINAL IFRAN AFIF ZAINAL ABIDIN 11A

                              Ni hahh !! Dia ni adalah Best Friend admin , admin cukop bangga ah kerana ade kawan yang pandai giler macam dia nih .. Dia sentiasa ada bersama ketika senang mahupon susah , tu yang admin suka sangat berkawan ngan dia nihh !! tapi kadang2 tak jugakkk , kih3 !! Biasalah tukan manusia namanya tidak pernah terlepas dari kesilapan , tapi kita kenalah usha sesungguhnya untuk menghindarkan diri daripada melakukan keburukan InsyaAllah !!
#HALIANS1317

Alhamdulillah 
Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh



Monday, 14 December 2015

Kem Kepimpinan Ketua Pelajar 2016

~ Bismillahirrahmanirrahim ~
Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh 

Tempat : Taman Botanikal Melaka
Tarikh : 30 hingga 31 november 2015

                             Kem kepimpinan ini telah berjalan dengan lancar selama 2 hari 1 malam yang telah dianjurkan oleh pihak Sekolah Menengah Agama Sains Kuala Pilah . Seramai 44 orang pelajar yang telah menyertai program ini . Tujuan utama program ini adalah untuk memupuk sifat kepimpinan dan keberanian di dalam diri untuk setiap ketua pelajar bagi sesi 2016. supaya dapat dijadikan contoh serta qudwah yang baik bagi pelajar yang lain. Pelbagai aktiviti yang menarik telah dijalankan di dalam program ini.
Antara aktiviti nya ialah paintballgame. Aktiviti ini sangat menarik dan sesuai untuk semua pelajar tidak kira muslimin ataupun muslimat. Aktiviti ini dapat memupuk keberanian dan sifat kepimpinan dalam hati @diri. Aktiviti ini memerlukan strategi ketenteraan yang mantap untuk menang . Kerjasama antara ahli kumpulan juga telah terbina. Sesebuah pasukan akan lebih mudah menang apabila kerjasama wujud dikalangan ahli pasukan kerana ia merupakan aspek yang sangat penting .


Aktiviti yang seterusnya ialah jungle treckking . Aktiviti ini ialah aktiviti meneroka hutan untuk melihat kehidupan sebenar di dalam hutan . Aktiviti ini juga melibatkan daya ketahanan fizikal dan mental dalam menempuhi pelbagai rintangan yang terdapat di dalam hutan . Contohnya , seperti pokok yang berduri , tanah yang berlumpur dan sungai . Apabila seseorang itu tidak tahan dengan cabaran di dalam hutan dia akan cepat merungut dan tidak mahu untuk meneruskannya . Aktiviti ini juga memerlukan kesabaran yang tinggi dan daya ketahanan yang kuat .


Selain itu , aktiviti orienting juga telah dijalankan semasa program ini . Aktiviti ini penting untuk setiap individu kerana aktiviti ini memerlukan kemahiran geografi dalam membaca bearing si sesebuah tempat . Pelajar yang tidak tahu menggunakan kompas boleh dipelajari melalui aktiviti ini . Hasil keberkesanan aktiviti ini ialah seseorang itu dapat menentukan kedudukan dan bearing di sesebuah tempat . Aktiviti ini juga menguji kesabaran , untuk mencari tempat yang ditetapkan .
Sangat penat melakukan aktiviti ini , tetapi sangat seronok

Diri ini sangat seronok sepanjang perkhemahan ini , harap aktiviti @ program seperti ini dapat dijalankan setiap tahun dan gempak !!

Sekian , Terima Kasih 
Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh 

^_^

Thursday, 24 September 2015

PityTree Around the Corner

Bismillahirrahmanirrahim
~ Assalamualaikum ~

                Saya selaku ADMIN sebagai calon PT3 juga untuk tahun ini , bersekolah di Sekolah Menengah Agama Sains Kuala Pilah SMASKP (SBPA) Insya Allah to be , Saya wakil kepada batch saya iaitu seramai 59 candy untuk tahun ini memohon agar anda sekalian mendoakan KEJAYAAN kami semua dalam peperiksaan yang semakin hampir ini . Doakan agar  kami dipermudahkan , dilapangkan hati semasa menjawab soalan peperiksaan tahun ini . Doakan batch kami iaitu batch DOUBLEZERO akan melakar sejarah yang terbaik di sekolah kami , Allahumma amin .
Kami akan cuba yang terbaik !!

3 SAIDINA UTHMAN & 3 SAIDATINA KHADIJAH
2015

Akhir kalam , saya admin wakil batch mohon ampun dan maaf jika pernah terkasar bahasa , terguris hati ke , terkutuk sesae , terdengki kat mana mana , termain main di sana atau pon ape sahaja lah salah yang dianggap itu adalah kesalahan , maafkan KAMI tau !!
Especially kat cikgu kitorg , MUDIR !!

Chaiyokkk PT3 2015 , Flying colours Results , 59StraigthA
#seekmardhatillah #SKUT #batchdoublezero
#huffaztobe #11a

~ Assalamualaikum ~

Saturday, 20 June 2015

Ramadhan-Ku Tiba Lagi

Bismillahirrahmanirrahim =D  
         
                Assalamualaikum , Dah lama admin tak up to date blog ini , nmpknyer dah berdebu pon ade , So hari ni admin nak cerita sedikit tentang apa yang admin rasa apabila memasuki bulan RAMADHAN pada tahun ini 2015 bersamaan 1436 H.

(RAMADHAN) .......... >>>>>>

               So, kalau kita bercakap tentang bulan Ramadhan nih mesti ada kaitan dengan puasa kan ? Admin nak cerita satu perkara iaitu , Admin rasa Admin nak buat sungguh-sungguh RAMADHAN tahun ini . Lagi lagi 1 Ramadhan 1436 H harituh jatuh pada BIRTHDAY admin pulak tuh , 17 Jun 2015 , Lepastu malam  tu admin jadi imam tarawikh lak tuh , Admin sangat bersyukur sangat kehadrat ALLAH !! Bulan Ramadhan kali ini juga adalah bulan Ramadhan yg admin menduduki Peperiksaan besar , moga moga dengan keberkatan bulan Ramadhan Allah memudahkan segala urusan admin , Insya Allah , Aminnn ... =D PT3 tahun ni GEOGRAFI dan SEJARAH time bulan Ramadhan .

~ AZAM ADMIN UNTUK RAMADHAN TAHUN NI ~

1. Solat Tarawikh tidak CICIR 
2. Khatamkan 30 Juz Quran paling kurang SEKALI
3. Banyakkan baca buku sebab nak PEKSA
4. Buat banyak amalan KEBAIKAN
5. Banyakkan buat Latihan untuk LEBIH MAHIR

Admin rasa sampai tu je kot admin up to date blog kali ini , Doakan apa yang admin azamkan untuk Ramadhan kali ini akan kesampaian , InsyaAllah wa Biiznillah Dan doakan admin punya Result PT3 Tahun ni dpt 11A , Aminnnn =D Moga Allah permudahkan admin untuk menuntut ilmu kerana-NYA. Dan juga moga ALLAH permudahkan untuk menjawab peperiksaan BULAN ( JUN) (OGOS) & (OKTOBER) 2015 ni , In sha Allah . That's all from me ^_^ Ramadhan KAREEM , Allahu AKRAM !! Ihya' Ramadhan , Bangkitkan Ramadhan kali ini dengan banyakkan amal ibadat kepada-NYA , In Sha Allah , mari kita bersama -sama koreksi diri untuk jadi yang lebih baik. BYE ~

#Seekmardhatillah
#Ramadhanalmubarak
#PT3_15_11A_InsyaAllah

ASSALAMUALAIKUM , ILALLIQA' =D


Saturday, 2 May 2015

SYUKURKU KEHADRAT ILAHI =D

ASSALAMUALAIKUM W.B.T.

MAJLIS TADARUS AL-QURAN PERINGKAT 
NEGERI SEMBILAN 2015 /1436H

Tarikh        : 18 APRIL 2015
Penyertaan : SEKOLAH MENENGAH AGAMA SAINS KUALA PILAH
Peserta       : Hafazan (P) , Khat (L) , Tilawah (L)&(P) , Syarahan Spontan (L)&(P)

" Alhamdulillah aq amat bersyukur ya Allah atas nikmat yang tlh kau berikan , Akhirnya aku menggondol kejohanan dalam acara Syarahan Spontan . Semua adalah nikmat yang diberi daripada mu ya Allah , atas segala ujian ini aku tidak akan mengalah untuk berusaha sedaya upaya untuk menjuarai di peringkat kebangsaan pula , tetapi semua yang aku lakukan adalah untuk agamaku ,  niat ikhlas untuk mu ya allah . Segala usaha ku letakkan di bahuku tetapi engkau yang menentukan , Sesungguhnya engkau adalah Maha Mengetahui . " (Muhammad Qayyum)

                       Dalam Ramai ramai wakil daripada Sekolah Menengah Agama Sains Kuala Pilah itu , ALHAMDULILLAH dua orang daripadanya akan mewakili negeri ke kebangsaan .

MUHAMMAD QAYYUM BIN MASERAN
( Syarahan Spontan )

NURUL IZZAH BINTI MOHD FAUZI
( Tilawah Al-Quran )

                         Mereka mewakili dalam acara Syarahan Spontan Lelaki MUHAMMAD QAYYUM MASERAN dan Tilawah Al-Quran Perempuan NURUL IZZAH BINTI MOHD FAUZI . Kedua dua mereka akan terbang ke Arau , Perlis pada 22 Mei Hingga 26 Mei 2015 dengan membawa harapan negeri sembilan akan menyandang JOHAN KESELURUHAN pada tahun ini . Moga moga usaha mereka selama ini akan membuahkan hasil , In sha allah . =D Sekolah Menengah Agama Sains Kuala Pilah juga telah mendapat tempat kedua dalam acara KHAT yang diwakili oleh MUHAMMAD ANAS BIN ZUHAIDI . Ini telah menyebabkan daerah Kuala Pilah meraih JOHAN KESELURUHAN bagi Sekolah Menengah . PPD Kuala Pilah cukup berbangga dengan prestasi yang telah ditonjolkan oleh para peserta yang mewakili daerah Kuala Pilah ke peringkat Negeri.

Wakil-wakil daerah Kuala Pilah yang meraih kemenangan di peringkat Negeri.

KIRI :3*FIKRY 1*QAYYUM 2*HAZIQ

Harapan : " Saya berharap kejayaan seperti ini akan berulang tahun hadapan , satu benda yang paling penting adalah rapatkan hubungan dengan Ilahi . USAHA + DOA = TAWAKKAL . Kita merancang, Allah yang menentukan . So kita kena sentiasa REDHA dengan ketentuan Ilahi.

#Seekmardhatillah
#ChaiyokKebangsaan
#PT315_Candidate

Sekian , moga kita ketemu lagi , ASSALAMUALAIKUM dan Terima Kasih =D



Friday, 30 January 2015

MINGGU JALINAN UKHUWAH TAHFIZ 1

Bismillahirrahmanirrahim , Assalamulaikum W.B.T.

             Pada 12 Januari yang lalu , Pelajar tingkatan 1 sesi 2015 telah menjejakkan kaki di bumi tarbiyah yang dinamakan bumi SMASKP , SEKOLAH MENGENAL ALLAH SERTA KEBESARAN PENCIPTA , Seramai 29 orang pelajar lelaki dan 26 orang pelajar perempuan telah mendaftar , Pada minggu pertama mereka di SMASKP ini mereka menjalani satu program jalinan ukhuwah tingkatan 1 sesi 2015 , Program ini telah berjalan selama seminggu dan telah dikendalikan oleh , Semua Ketua Pelajar (KP) Sekolah Menengah Agama Sains Kuala Pilah , N9 . Pelbagai aktiviti yang telah dijalankan antaranya explorace , "it's the best activity in this programme" , Harap mereka semua dapat belajar dan ditarbiyah di bumi SMASKP ini dengan baik , Allahumma Amin ....Di sini saya sertakan sedikit gambar mengenai orentasi yang telah dijalankan , =D



Alhamdulillah , sekarang SMASKP tlh bertambah bilangan ahli keluarganya , moga moga dengan adanya TAHFIZ di bumi tarbiyah ini akan membawa keberkatan kepada sekolah ini . Alhamdulillah terima kasih ya Allah atas program yang telah berjalan dengan lancar selama seminggu ini . Sekian

ASSALAMUALAIKUM , ILALLIQA' =D



Wednesday, 7 January 2015

My ambition in this new year

Assalamualaikum , Hello =D

              Very long time I did not open my blog, so today I want to talk about one thing that is very interesting for me. first of all, I was very happy when told that I would appointed to be the prefect of this year. So in   excitement I also had some incidence of worry and concern because I'm afraid if I can not do this mandate  as a prefect perfectly at my school. So, I pray to allah that I'm always close to guidance. Amin ya Rabbal Alamin . 



~KP SMASKPIANS~


~ In the name of Allah , the most Gracious , the most Merciful ~

I'm Muhammad Qayyum as this blog admin want to tell about what is my problem that I want to solve it in immediately .Tomorror 9 January 2015 we all as School Prefect must bact to school early because we must discuss about the new form one Orientation . So , I must pack my thing on this night. I hope this year 2015 is more better than last year 2014 . MY AZAM !! Uthmanians 00

Ilalliqa' Assalamualaikum =D