Tuesday 15 December 2015

Keputusan Peperiksaan PT3 2015

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh

Tarikh : 14 Disember 2015
Tempat : Dewan Besar Al-Khawarizmi

Peningkatan GPS sekolah :
2014 : 2.02
2015: 1.76

~Tahniah diucapkan Kepada Semua Calon PT3 pada tahun 2015 ini ~
(11A -3) (10A -3) (9A -6) (8A -3) (7A -11) (6A -11)

Don't worry gaizz !! Allah is the BEST planner,
So , move foward !! Do the BEST , Be the BEST !!

Dari Kanan :
Najmi Sobran Abd Rahim 11A , Hasif'Izzuddin Mohd Khalid 10A
Zainal Irfan Afif Zainal Abidin 11A , Muhammad Qayyum Maseran 8A

Kegembiraan Pelajar Tingkatan 3 2015 SEKOLAH MENENGAH AGAMA SAINS KUALA PILAH apabila menerima keputusan periksa mereka , Alhamdulillah !!
~ Pelajar Muslimin yang Soleh dan Bergaya ~

Kegembiraan Pelajar Tingkatan 3 2015 SEKOLAH MENENGAH AGAMA SAINS KUALA PILAH apabila menerima keputusan periksa mereka , Alhamdulillah !!
~ Pelajar Muslimat yang Solehah dan Baik ~

                          Selesai sudah menceritakan tentang kawan kawan yang seronok amik result , sekarang ni admin nak citer perasaan admin pulak bila dapat result PT3 nihh , Firstly , admin memang rase sedikit Hampa , sebab admin tak dapat straight A .. Tapi admin percaya bahawa Allah itu ialah Maha Perancang , So Allah ialah sebaik-baik perancang , Admin terima keputusan dengan hati yang sangat gembira !! WOHHHOOO !! 8A kot ... pecah otak nak belajar tau , huk3

Gambar admin ketika amik RESULT !!
Happy sangat !!
ZAINAL IFRAN AFIF ZAINAL ABIDIN 11A

                              Ni hahh !! Dia ni adalah Best Friend admin , admin cukop bangga ah kerana ade kawan yang pandai giler macam dia nih .. Dia sentiasa ada bersama ketika senang mahupon susah , tu yang admin suka sangat berkawan ngan dia nihh !! tapi kadang2 tak jugakkk , kih3 !! Biasalah tukan manusia namanya tidak pernah terlepas dari kesilapan , tapi kita kenalah usha sesungguhnya untuk menghindarkan diri daripada melakukan keburukan InsyaAllah !!
#HALIANS1317

Alhamdulillah 
Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh



Monday 14 December 2015

Kem Kepimpinan Ketua Pelajar 2016

~ Bismillahirrahmanirrahim ~
Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh 

Tempat : Taman Botanikal Melaka
Tarikh : 30 hingga 31 november 2015

                             Kem kepimpinan ini telah berjalan dengan lancar selama 2 hari 1 malam yang telah dianjurkan oleh pihak Sekolah Menengah Agama Sains Kuala Pilah . Seramai 44 orang pelajar yang telah menyertai program ini . Tujuan utama program ini adalah untuk memupuk sifat kepimpinan dan keberanian di dalam diri untuk setiap ketua pelajar bagi sesi 2016. supaya dapat dijadikan contoh serta qudwah yang baik bagi pelajar yang lain. Pelbagai aktiviti yang menarik telah dijalankan di dalam program ini.
Antara aktiviti nya ialah paintballgame. Aktiviti ini sangat menarik dan sesuai untuk semua pelajar tidak kira muslimin ataupun muslimat. Aktiviti ini dapat memupuk keberanian dan sifat kepimpinan dalam hati @diri. Aktiviti ini memerlukan strategi ketenteraan yang mantap untuk menang . Kerjasama antara ahli kumpulan juga telah terbina. Sesebuah pasukan akan lebih mudah menang apabila kerjasama wujud dikalangan ahli pasukan kerana ia merupakan aspek yang sangat penting .


Aktiviti yang seterusnya ialah jungle treckking . Aktiviti ini ialah aktiviti meneroka hutan untuk melihat kehidupan sebenar di dalam hutan . Aktiviti ini juga melibatkan daya ketahanan fizikal dan mental dalam menempuhi pelbagai rintangan yang terdapat di dalam hutan . Contohnya , seperti pokok yang berduri , tanah yang berlumpur dan sungai . Apabila seseorang itu tidak tahan dengan cabaran di dalam hutan dia akan cepat merungut dan tidak mahu untuk meneruskannya . Aktiviti ini juga memerlukan kesabaran yang tinggi dan daya ketahanan yang kuat .


Selain itu , aktiviti orienting juga telah dijalankan semasa program ini . Aktiviti ini penting untuk setiap individu kerana aktiviti ini memerlukan kemahiran geografi dalam membaca bearing si sesebuah tempat . Pelajar yang tidak tahu menggunakan kompas boleh dipelajari melalui aktiviti ini . Hasil keberkesanan aktiviti ini ialah seseorang itu dapat menentukan kedudukan dan bearing di sesebuah tempat . Aktiviti ini juga menguji kesabaran , untuk mencari tempat yang ditetapkan .
Sangat penat melakukan aktiviti ini , tetapi sangat seronok

Diri ini sangat seronok sepanjang perkhemahan ini , harap aktiviti @ program seperti ini dapat dijalankan setiap tahun dan gempak !!

Sekian , Terima Kasih 
Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh 

^_^