Saturday 4 June 2016

Kholas 30 , Alhamdulillah !

ASSALAMUALAIKUMWARAHMATULLAHIWABARAKATUH

~ BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM ~

TARIKH : 1 JUN 2016 , 1/6/16
HARI : RABU , WEDNESDAY

Alhamdulillah pada hari yang mulia ini ALLAH telah memberi kesempatan kepada diriku MUHAMMAD QAYYUM MASERAN untuk khatam al-Quran bersama ustaz MUHAMMAD ZUHAIRI BIN ISMAIL .

Sesungguhnya aku tahu ya ALLAH sungguh berat amanah untuk menjaga kitab suci mu ini ya ALLAH , kata-kata Mu ya ALLAH . Permudahkanlah bagiku untuk menjaga Al-Quran ini ya Allah , berkatilah masaku supaya aku akan dapat mengulang Al-Quran dan Mengingatinya .

" Hindarilah diriku daripada segala perkara Maksiat ya Allah , dan dekatkanlah serta beri kepada ku Rahmat dan Hidayah MU supaya aku berada di dalam keredhaan MU ya Allah...














~ Ya ALLAH , Permudahkanlah segala urusanku Ya ALLAH ~
Syukran 'Ala Kulli Hal

#seekmardhatillah #yumtdz #spm2017 #khatam30juz #klstasmiksazzuzu #alhamdulillah #fazkuruniazkurkum #wasykuruliwalatakfurun

ASSALAMUALAIKUMWARAHMATULLAHIWABARAKATUH


Wednesday 10 February 2016

Hang Port Dickson N9

Bismillahirrahmanirrahim , Assalamualaikum W.B.T

                   Fuhhh .. berhabukk dah blog nih .. dh lme admin x update .. Hahahaa . Baiklah , harini admin nak up to date tentang semalam , admin ngan kengkawan hang dekat Port Dickson .

Cerita dia macam nih sebenarnya .. Admin dengan kengkawan bercadang nak buat kerja sekolah sama sama kat rumah kawan kat Port Dickson nih .. Pastu teruskan dengan hang .. Sampai je kat rumah kawan admin nih .. terus buat kerja sekolah ... Hahaha .. jet jet alim pulak kan .. Tapi betol lah admin ngan kengkawan buat kerja SEJARAH dan FIZIK . Tapi sampai satu tahap tu admin ngan kengkawan dah tak poning and tak boleh tahan dah dengan adanya gangguan hebat daripada telefon pintar yang ada di depan mata masing masing akhirnya semua buku itu telah ditutup .. Hihihihihi .. Tak pelah .. asalkan buat sikit daripada tak buat langsung kan .

                  Lepas dah kemas buku semua . kitorang siap siap solat ZUHUR di rumah kawan dulu sebelum memulakan sesi hang kami , Hahahaha .. skema an ?? Tp habis jer solat kitorang terus kunci rumah dan keluar dari rumah ..

Perjalanan menuju ke KFC ( Kentucky Fried Chicken ) amatlah memenatkan kerana Kami hanya menggunakan keringat 2 belah kaki kami untuk berjalan menuju ke KFC tersebut .. Berpeluh peluh jugalah kami berjalan untuk mendapatkan keseronokkan bersama dan kekenyangan memakan ayam KFC ..
























                 Akhirnya kami sampai jugak kat KFC tuh , ape lagi ... tanggung penat nak beratur amik order pulak lah .. HAhahahahah .. siess menyampah beratur .. tapi nasib baik kat dalam tuh sejukk kalau tidak .. Siaplah die nanti hihihihihi ... Kawan admin mak dia belanja KFC sorang satu .. huhu sume amik RICE PLATE jer .. senang .. ade nasi sekali dapatlah kenyang sikit daripada makan ayam je .. habislah jugak dalam RM45 time tuh .. tapi takpe asalkan perut kenyang dan puas hati .. hihi . Habis makan .. apa lagi berselfie lah .. jeles tengok orang kat meja sebelah berselfie .. kitorang terus ah berwifie .. Hahhahahahahahaha ..










                                    Alhamdulillah .. perut pon dah kenyang .. apa lagi kan .. terus gerak gi pantai ah .. DAh siap siap nak mandi laut dah .. Tukar baju semua .. Mandi laut pon dalam 2 Jam .. dari pukul 4 hingga nak smpai pukul 6 . TAPI siries memang seronok mandi laut ngan kengkawan .. GHURAU lah .. main KEJA KEJA lah .. macam macam lagi lah .. memang tak boleh dilupakan kenangan mandi laut ngan kengkawan . Muka sume macam childish jer .. kebudak budak kan .. Kitorang siap buat SPA LAUT lagi tuh .. haha .. amik tanah @ pasir kat laut dan lumur kat muka ... bak ade kawan admin kata buat FACIAL .. hihihihihi .. Geli hati bila ingatkan balik ..




Baiklah ... admin rase sampai situ sahaja lah admin cerita tentang pengalaman admin hang dengan kengkawan kat PD , Pertama buat HOMEWORK .. kedua makan KFC dan yang ketiga MANDI LAUT . Pengalaman yang terindah bersama mereka semua . FIKRI , AKIL , EBY & ZAINAL .. ukhuwahfillah abadan abada .. Hope persahabatan kita kekal selamanya , Aamiin . 
Admin harap .. dapat hang ngan kengkawan macam nih lagi .. Siries seronok GILOSSS , tak tipu hihi xD Bye 

Assalamualaikum W.B.T


Tuesday 15 December 2015

Keputusan Peperiksaan PT3 2015

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh

Tarikh : 14 Disember 2015
Tempat : Dewan Besar Al-Khawarizmi

Peningkatan GPS sekolah :
2014 : 2.02
2015: 1.76

~Tahniah diucapkan Kepada Semua Calon PT3 pada tahun 2015 ini ~
(11A -3) (10A -3) (9A -6) (8A -3) (7A -11) (6A -11)

Don't worry gaizz !! Allah is the BEST planner,
So , move foward !! Do the BEST , Be the BEST !!

Dari Kanan :
Najmi Sobran Abd Rahim 11A , Hasif'Izzuddin Mohd Khalid 10A
Zainal Irfan Afif Zainal Abidin 11A , Muhammad Qayyum Maseran 8A

Kegembiraan Pelajar Tingkatan 3 2015 SEKOLAH MENENGAH AGAMA SAINS KUALA PILAH apabila menerima keputusan periksa mereka , Alhamdulillah !!
~ Pelajar Muslimin yang Soleh dan Bergaya ~

Kegembiraan Pelajar Tingkatan 3 2015 SEKOLAH MENENGAH AGAMA SAINS KUALA PILAH apabila menerima keputusan periksa mereka , Alhamdulillah !!
~ Pelajar Muslimat yang Solehah dan Baik ~

                          Selesai sudah menceritakan tentang kawan kawan yang seronok amik result , sekarang ni admin nak citer perasaan admin pulak bila dapat result PT3 nihh , Firstly , admin memang rase sedikit Hampa , sebab admin tak dapat straight A .. Tapi admin percaya bahawa Allah itu ialah Maha Perancang , So Allah ialah sebaik-baik perancang , Admin terima keputusan dengan hati yang sangat gembira !! WOHHHOOO !! 8A kot ... pecah otak nak belajar tau , huk3

Gambar admin ketika amik RESULT !!
Happy sangat !!
ZAINAL IFRAN AFIF ZAINAL ABIDIN 11A

                              Ni hahh !! Dia ni adalah Best Friend admin , admin cukop bangga ah kerana ade kawan yang pandai giler macam dia nih .. Dia sentiasa ada bersama ketika senang mahupon susah , tu yang admin suka sangat berkawan ngan dia nihh !! tapi kadang2 tak jugakkk , kih3 !! Biasalah tukan manusia namanya tidak pernah terlepas dari kesilapan , tapi kita kenalah usha sesungguhnya untuk menghindarkan diri daripada melakukan keburukan InsyaAllah !!
#HALIANS1317

Alhamdulillah 
Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh



Monday 14 December 2015

Kem Kepimpinan Ketua Pelajar 2016

~ Bismillahirrahmanirrahim ~
Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh 

Tempat : Taman Botanikal Melaka
Tarikh : 30 hingga 31 november 2015

                             Kem kepimpinan ini telah berjalan dengan lancar selama 2 hari 1 malam yang telah dianjurkan oleh pihak Sekolah Menengah Agama Sains Kuala Pilah . Seramai 44 orang pelajar yang telah menyertai program ini . Tujuan utama program ini adalah untuk memupuk sifat kepimpinan dan keberanian di dalam diri untuk setiap ketua pelajar bagi sesi 2016. supaya dapat dijadikan contoh serta qudwah yang baik bagi pelajar yang lain. Pelbagai aktiviti yang menarik telah dijalankan di dalam program ini.
Antara aktiviti nya ialah paintballgame. Aktiviti ini sangat menarik dan sesuai untuk semua pelajar tidak kira muslimin ataupun muslimat. Aktiviti ini dapat memupuk keberanian dan sifat kepimpinan dalam hati @diri. Aktiviti ini memerlukan strategi ketenteraan yang mantap untuk menang . Kerjasama antara ahli kumpulan juga telah terbina. Sesebuah pasukan akan lebih mudah menang apabila kerjasama wujud dikalangan ahli pasukan kerana ia merupakan aspek yang sangat penting .


Aktiviti yang seterusnya ialah jungle treckking . Aktiviti ini ialah aktiviti meneroka hutan untuk melihat kehidupan sebenar di dalam hutan . Aktiviti ini juga melibatkan daya ketahanan fizikal dan mental dalam menempuhi pelbagai rintangan yang terdapat di dalam hutan . Contohnya , seperti pokok yang berduri , tanah yang berlumpur dan sungai . Apabila seseorang itu tidak tahan dengan cabaran di dalam hutan dia akan cepat merungut dan tidak mahu untuk meneruskannya . Aktiviti ini juga memerlukan kesabaran yang tinggi dan daya ketahanan yang kuat .


Selain itu , aktiviti orienting juga telah dijalankan semasa program ini . Aktiviti ini penting untuk setiap individu kerana aktiviti ini memerlukan kemahiran geografi dalam membaca bearing si sesebuah tempat . Pelajar yang tidak tahu menggunakan kompas boleh dipelajari melalui aktiviti ini . Hasil keberkesanan aktiviti ini ialah seseorang itu dapat menentukan kedudukan dan bearing di sesebuah tempat . Aktiviti ini juga menguji kesabaran , untuk mencari tempat yang ditetapkan .
Sangat penat melakukan aktiviti ini , tetapi sangat seronok

Diri ini sangat seronok sepanjang perkhemahan ini , harap aktiviti @ program seperti ini dapat dijalankan setiap tahun dan gempak !!

Sekian , Terima Kasih 
Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh 

^_^

Thursday 24 September 2015

PityTree Around the Corner

Bismillahirrahmanirrahim
~ Assalamualaikum ~

                Saya selaku ADMIN sebagai calon PT3 juga untuk tahun ini , bersekolah di Sekolah Menengah Agama Sains Kuala Pilah SMASKP (SBPA) Insya Allah to be , Saya wakil kepada batch saya iaitu seramai 59 candy untuk tahun ini memohon agar anda sekalian mendoakan KEJAYAAN kami semua dalam peperiksaan yang semakin hampir ini . Doakan agar  kami dipermudahkan , dilapangkan hati semasa menjawab soalan peperiksaan tahun ini . Doakan batch kami iaitu batch DOUBLEZERO akan melakar sejarah yang terbaik di sekolah kami , Allahumma amin .
Kami akan cuba yang terbaik !!

3 SAIDINA UTHMAN & 3 SAIDATINA KHADIJAH
2015

Akhir kalam , saya admin wakil batch mohon ampun dan maaf jika pernah terkasar bahasa , terguris hati ke , terkutuk sesae , terdengki kat mana mana , termain main di sana atau pon ape sahaja lah salah yang dianggap itu adalah kesalahan , maafkan KAMI tau !!
Especially kat cikgu kitorg , MUDIR !!

Chaiyokkk PT3 2015 , Flying colours Results , 59StraigthA
#seekmardhatillah #SKUT #batchdoublezero
#huffaztobe #11a

~ Assalamualaikum ~

Saturday 20 June 2015

Ramadhan-Ku Tiba Lagi

Bismillahirrahmanirrahim =D  
         
                Assalamualaikum , Dah lama admin tak up to date blog ini , nmpknyer dah berdebu pon ade , So hari ni admin nak cerita sedikit tentang apa yang admin rasa apabila memasuki bulan RAMADHAN pada tahun ini 2015 bersamaan 1436 H.

(RAMADHAN) .......... >>>>>>

               So, kalau kita bercakap tentang bulan Ramadhan nih mesti ada kaitan dengan puasa kan ? Admin nak cerita satu perkara iaitu , Admin rasa Admin nak buat sungguh-sungguh RAMADHAN tahun ini . Lagi lagi 1 Ramadhan 1436 H harituh jatuh pada BIRTHDAY admin pulak tuh , 17 Jun 2015 , Lepastu malam  tu admin jadi imam tarawikh lak tuh , Admin sangat bersyukur sangat kehadrat ALLAH !! Bulan Ramadhan kali ini juga adalah bulan Ramadhan yg admin menduduki Peperiksaan besar , moga moga dengan keberkatan bulan Ramadhan Allah memudahkan segala urusan admin , Insya Allah , Aminnn ... =D PT3 tahun ni GEOGRAFI dan SEJARAH time bulan Ramadhan .

~ AZAM ADMIN UNTUK RAMADHAN TAHUN NI ~

1. Solat Tarawikh tidak CICIR 
2. Khatamkan 30 Juz Quran paling kurang SEKALI
3. Banyakkan baca buku sebab nak PEKSA
4. Buat banyak amalan KEBAIKAN
5. Banyakkan buat Latihan untuk LEBIH MAHIR

Admin rasa sampai tu je kot admin up to date blog kali ini , Doakan apa yang admin azamkan untuk Ramadhan kali ini akan kesampaian , InsyaAllah wa Biiznillah Dan doakan admin punya Result PT3 Tahun ni dpt 11A , Aminnnn =D Moga Allah permudahkan admin untuk menuntut ilmu kerana-NYA. Dan juga moga ALLAH permudahkan untuk menjawab peperiksaan BULAN ( JUN) (OGOS) & (OKTOBER) 2015 ni , In sha Allah . That's all from me ^_^ Ramadhan KAREEM , Allahu AKRAM !! Ihya' Ramadhan , Bangkitkan Ramadhan kali ini dengan banyakkan amal ibadat kepada-NYA , In Sha Allah , mari kita bersama -sama koreksi diri untuk jadi yang lebih baik. BYE ~

#Seekmardhatillah
#Ramadhanalmubarak
#PT3_15_11A_InsyaAllah

ASSALAMUALAIKUM , ILALLIQA' =D


Saturday 2 May 2015

SYUKURKU KEHADRAT ILAHI =D

ASSALAMUALAIKUM W.B.T.

MAJLIS TADARUS AL-QURAN PERINGKAT 
NEGERI SEMBILAN 2015 /1436H

Tarikh        : 18 APRIL 2015
Penyertaan : SEKOLAH MENENGAH AGAMA SAINS KUALA PILAH
Peserta       : Hafazan (P) , Khat (L) , Tilawah (L)&(P) , Syarahan Spontan (L)&(P)

" Alhamdulillah aq amat bersyukur ya Allah atas nikmat yang tlh kau berikan , Akhirnya aku menggondol kejohanan dalam acara Syarahan Spontan . Semua adalah nikmat yang diberi daripada mu ya Allah , atas segala ujian ini aku tidak akan mengalah untuk berusaha sedaya upaya untuk menjuarai di peringkat kebangsaan pula , tetapi semua yang aku lakukan adalah untuk agamaku ,  niat ikhlas untuk mu ya allah . Segala usaha ku letakkan di bahuku tetapi engkau yang menentukan , Sesungguhnya engkau adalah Maha Mengetahui . " (Muhammad Qayyum)

                       Dalam Ramai ramai wakil daripada Sekolah Menengah Agama Sains Kuala Pilah itu , ALHAMDULILLAH dua orang daripadanya akan mewakili negeri ke kebangsaan .

MUHAMMAD QAYYUM BIN MASERAN
( Syarahan Spontan )

NURUL IZZAH BINTI MOHD FAUZI
( Tilawah Al-Quran )

                         Mereka mewakili dalam acara Syarahan Spontan Lelaki MUHAMMAD QAYYUM MASERAN dan Tilawah Al-Quran Perempuan NURUL IZZAH BINTI MOHD FAUZI . Kedua dua mereka akan terbang ke Arau , Perlis pada 22 Mei Hingga 26 Mei 2015 dengan membawa harapan negeri sembilan akan menyandang JOHAN KESELURUHAN pada tahun ini . Moga moga usaha mereka selama ini akan membuahkan hasil , In sha allah . =D Sekolah Menengah Agama Sains Kuala Pilah juga telah mendapat tempat kedua dalam acara KHAT yang diwakili oleh MUHAMMAD ANAS BIN ZUHAIDI . Ini telah menyebabkan daerah Kuala Pilah meraih JOHAN KESELURUHAN bagi Sekolah Menengah . PPD Kuala Pilah cukup berbangga dengan prestasi yang telah ditonjolkan oleh para peserta yang mewakili daerah Kuala Pilah ke peringkat Negeri.

Wakil-wakil daerah Kuala Pilah yang meraih kemenangan di peringkat Negeri.

KIRI :3*FIKRY 1*QAYYUM 2*HAZIQ

Harapan : " Saya berharap kejayaan seperti ini akan berulang tahun hadapan , satu benda yang paling penting adalah rapatkan hubungan dengan Ilahi . USAHA + DOA = TAWAKKAL . Kita merancang, Allah yang menentukan . So kita kena sentiasa REDHA dengan ketentuan Ilahi.

#Seekmardhatillah
#ChaiyokKebangsaan
#PT315_Candidate

Sekian , moga kita ketemu lagi , ASSALAMUALAIKUM dan Terima Kasih =D