Monday 14 December 2015

Kem Kepimpinan Ketua Pelajar 2016

~ Bismillahirrahmanirrahim ~
Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh 

Tempat : Taman Botanikal Melaka
Tarikh : 30 hingga 31 november 2015

                             Kem kepimpinan ini telah berjalan dengan lancar selama 2 hari 1 malam yang telah dianjurkan oleh pihak Sekolah Menengah Agama Sains Kuala Pilah . Seramai 44 orang pelajar yang telah menyertai program ini . Tujuan utama program ini adalah untuk memupuk sifat kepimpinan dan keberanian di dalam diri untuk setiap ketua pelajar bagi sesi 2016. supaya dapat dijadikan contoh serta qudwah yang baik bagi pelajar yang lain. Pelbagai aktiviti yang menarik telah dijalankan di dalam program ini.
Antara aktiviti nya ialah paintballgame. Aktiviti ini sangat menarik dan sesuai untuk semua pelajar tidak kira muslimin ataupun muslimat. Aktiviti ini dapat memupuk keberanian dan sifat kepimpinan dalam hati @diri. Aktiviti ini memerlukan strategi ketenteraan yang mantap untuk menang . Kerjasama antara ahli kumpulan juga telah terbina. Sesebuah pasukan akan lebih mudah menang apabila kerjasama wujud dikalangan ahli pasukan kerana ia merupakan aspek yang sangat penting .


Aktiviti yang seterusnya ialah jungle treckking . Aktiviti ini ialah aktiviti meneroka hutan untuk melihat kehidupan sebenar di dalam hutan . Aktiviti ini juga melibatkan daya ketahanan fizikal dan mental dalam menempuhi pelbagai rintangan yang terdapat di dalam hutan . Contohnya , seperti pokok yang berduri , tanah yang berlumpur dan sungai . Apabila seseorang itu tidak tahan dengan cabaran di dalam hutan dia akan cepat merungut dan tidak mahu untuk meneruskannya . Aktiviti ini juga memerlukan kesabaran yang tinggi dan daya ketahanan yang kuat .


Selain itu , aktiviti orienting juga telah dijalankan semasa program ini . Aktiviti ini penting untuk setiap individu kerana aktiviti ini memerlukan kemahiran geografi dalam membaca bearing si sesebuah tempat . Pelajar yang tidak tahu menggunakan kompas boleh dipelajari melalui aktiviti ini . Hasil keberkesanan aktiviti ini ialah seseorang itu dapat menentukan kedudukan dan bearing di sesebuah tempat . Aktiviti ini juga menguji kesabaran , untuk mencari tempat yang ditetapkan .
Sangat penat melakukan aktiviti ini , tetapi sangat seronok

Diri ini sangat seronok sepanjang perkhemahan ini , harap aktiviti @ program seperti ini dapat dijalankan setiap tahun dan gempak !!

Sekian , Terima Kasih 
Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh 

^_^

No comments:

Post a Comment