Sunday 4 August 2013

Iktikaf Perdana SMASKP

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum , =D

             Pada 2,3 dan 4 Ogos 2013 bersamaan dengan 24,25 dan 26 Ramadhan 1434H Kami pelajar SMASKP seramai 42 org dan 4 org pelajar diploma ITQAN mengikuti program yang dinamakan "Iktikaf Perdana" di Masjid Bandar Springhill , Port Dickson

Masjid Bandar Springhill , Port Dickson 

Kami semua iktikaf di sini selama tiga hari , kami sangat selesa iktikaf di masjid yg besar dan lawa ini . Kami menginap di dewannya yang mempunyai econ , memang syok lah tido malam malam , apa apapun niat kerana Allah S.W.T . Kami dijaga oleh guru yg tidak asing bg kami semua iaitu , Ustaz Muhammad Zuhairi , Ustaz Fuad Othman , Ustaz Nizam dan yg  lebih lebih lg Ustaz Ramlan iaitu Pengetua SMASKP juga turut beriktikaf bersama kami .....


        Selama kami 3 hari dua malam tersebut kami telah disediakan oleh pelbagai aktiviti yg mengejar dan mencari Redha Allah S.W.T . Antaranya ialah Tadarrus Al-Quran ... Alhamdulillah kami berjaya mengkhatamkan 30 juz selam 3 hari 2 malam tersebut . Kami akan dikejutkan seawal 3.00 pagi bagi mengerjakan Qiamulail . Kami akan Solat Tasbih 4 rakaat secara berjemaah , memang mencabar dan payah bg kita menahan mata untuk bangun awal pagi . Tetapi dengan iman yg kuat untuk mencari malam LailatulQadr kami berusaha untuk meringankan tualang bg melakukan solat solat sunat dan amal ibadat . 

                                                        
Besarkan Masjid ni =D

                           Yang bestnyer kan lauk pauk juadah berbuka dan bersahur dier perghhh mantop habih . Sodap lak ai nasi beriani lauk daging n ayam kari , Sodap eh ayam masak merah ngan ayam kurma . Apa apa pun syukur Alhamdulillah rezeki yang Allah berikan kpd kita . الحمد لله =D . Kami akan solat terawikh 8 rakaat dan solat witir 3 rakaat pada dua malam tersebut . Kami diarahkan tidur awal supaya kitorang boleh bangun Qiamulail , Kami rasa rindu untuk tinggalkan iktikaf , kami nak bertemu dgm Malam yg lebih baik dr seribu bulan tersebut . Amin 


                          Kami siap siap nak balik , majlis penutup .... Sebelum majlis penutup , ada majlis khatam al-Quran yg diketuai oleh Ustaz nizam , lepastu majlis penutup . Kami dah nak balik . Sebelum kami balik kami sempat bergambar , hehe =D



Kami akan rindu saat ini , Tak akan dilupakan kawan kawanku abang abang ku ustaz ustaz ku 
kita bersama 3 hari tu . Memori yang indah .
Harap Program yang macam ni akan diadakan lagi pd tahun hadapan , amin !



Assalamualaikum , Ilalliqa'  =D



                     
                  


Ramadhan Kareem

Bismillahirrahmanirrahim ,

               Alhamdulillah kita dapat bertemu telah sekian lama kita tidak ada di dalam medan blog ini , Gemberi untuk kita saya ceritakan dekat sini .Kita sekarang berada di dalam fasa yang ketiga bulan Ramadhan iaitu ....

Pelepasan dari Api Neraka 

             Oleh itu kita perlulah merebut peluang ini utk kita terlepas daripada azab api neraka . Pada sepuluh malam yg terakhir nanti . Allah Subhanahuwataala telah mengurniakan kepada umat nabi Muhamad sahaja satu malam yg lebih baik daripada seribu bulan . Iaitu Malam Lailatul qadr

            Maksud lebih baik dr seribu bulan maknanya lebih baik atau lebih banyak dr seribu bulan bukannyer seribu bulan . Pada  malam itu langit terbuka dan semua Malaikat turun termasuklah Malaikat Jibrill alaihissalam .Para pembaca sekalian , saya menyeru anda semua marilah kita bersama sama mengejar malam lailatul qadr yg dinanti nantikan oleh semua umat islam di muka bumi allah S.W.T ini . Kita perlulahg melakukan banyak amal ibadah pada malam sepuluh terakhir ramadhan contohnya kita beriktikaf di masjid , membaca alquran , banyakkan solat sunat zikir dan banyak lagi amal ibadat .

           Rasulallah mengajar satu doa iaitu :

Maksudnya : Ya Allah ! sesungguhnya Engkau Maha Pemaaf yang menyukai pemaafan , maafkanlah aku =D


Ya Allah jadikanlah Ramadhan kali ini lebih baik drpd Ramadhan yg sebelum ini , Amin =D

Assalamualaikum , ilalliqa'