بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum , =D
Pada 2,3 dan 4 Ogos 2013 bersamaan dengan 24,25 dan 26 Ramadhan 1434H Kami pelajar SMASKP seramai 42 org dan 4 org pelajar diploma ITQAN mengikuti program yang dinamakan "Iktikaf Perdana" di Masjid Bandar Springhill , Port Dickson
Masjid Bandar Springhill , Port Dickson
Kami semua iktikaf di sini selama tiga hari , kami sangat selesa iktikaf di masjid yg besar dan lawa ini . Kami menginap di dewannya yang mempunyai econ , memang syok lah tido malam malam , apa apapun niat kerana Allah S.W.T . Kami dijaga oleh guru yg tidak asing bg kami semua iaitu , Ustaz Muhammad Zuhairi , Ustaz Fuad Othman , Ustaz Nizam dan yg lebih lebih lg Ustaz Ramlan iaitu Pengetua SMASKP juga turut beriktikaf bersama kami .....
Selama kami 3 hari dua malam tersebut kami telah disediakan oleh pelbagai aktiviti yg mengejar dan mencari Redha Allah S.W.T . Antaranya ialah Tadarrus Al-Quran ... Alhamdulillah kami berjaya mengkhatamkan 30 juz selam 3 hari 2 malam tersebut . Kami akan dikejutkan seawal 3.00 pagi bagi mengerjakan Qiamulail . Kami akan Solat Tasbih 4 rakaat secara berjemaah , memang mencabar dan payah bg kita menahan mata untuk bangun awal pagi . Tetapi dengan iman yg kuat untuk mencari malam LailatulQadr kami berusaha untuk meringankan tualang bg melakukan solat solat sunat dan amal ibadat .
Besarkan Masjid ni =D
Yang bestnyer kan lauk pauk juadah berbuka dan bersahur dier perghhh mantop habih . Sodap lak ai nasi beriani lauk daging n ayam kari , Sodap eh ayam masak merah ngan ayam kurma . Apa apa pun syukur Alhamdulillah rezeki yang Allah berikan kpd kita . الحمد لله =D . Kami akan solat terawikh 8 rakaat dan solat witir 3 rakaat pada dua malam tersebut . Kami diarahkan tidur awal supaya kitorang boleh bangun Qiamulail , Kami rasa rindu untuk tinggalkan iktikaf , kami nak bertemu dgm Malam yg lebih baik dr seribu bulan tersebut . Amin
Kami siap siap nak balik , majlis penutup .... Sebelum majlis penutup , ada majlis khatam al-Quran yg diketuai oleh Ustaz nizam , lepastu majlis penutup . Kami dah nak balik . Sebelum kami balik kami sempat bergambar , hehe =D
Kami akan rindu saat ini , Tak akan dilupakan kawan kawanku abang abang ku ustaz ustaz ku
kita bersama 3 hari tu . Memori yang indah .
Harap Program yang macam ni akan diadakan lagi pd tahun hadapan , amin !
Assalamualaikum , Ilalliqa' =D
No comments:
Post a Comment