Friday 8 February 2013

Kelebihan Para Hafiz Hafizah =)


@ Ganjaran Di Akhirat

  • Ibu bapa penghafaz Al-Quran mendapat kemuliaan .
          Sesiapa membaca Al-Quran dan beramal dengan apa yang terkandung dalamnya maka kedua ibu bapanya akan dipakaikan mahkota pada hari kiamat yang sinaran mahkota itu akan melebihi daripada cahaya matahari , sungguhpun matahari itu berada di dalam rumah rumah kamu di dunia ini . ( Riwayat Imam Ahmad , Abu Daud )
  • Penghafaz Al-Quran akan mendapat syafaat (penolong) .
         Dari Abi Umamah r.a. ia berkata, "Aku mendengar Rasulallah S.A.W. bersabda, "Bacalah olehmu Al-Quran, sesungguhnya ia akan menjadi pemberi syafaat pada hari kiamat kepada para pembacanya (penghafaznya)."(Riwayat Muslim) 
  • Penghafaz Al-Quran mendapat bonus berlipat kali ganda .
           Sesiapa yang membaca satu huruf  daripada kitab Allah (Al-Quran) maka baginya (pembaca) dengannya       (Al-Quran) pahala dan pahala digandakan sepuluh sebagaimananya. Aku tidak kata bahawa "alif laam mim" itu satu huruf tetapi alif satu huruf, lam satu huruf dan mim itu satu huruf . ( Riwayat Tarmizi )

No comments:

Post a Comment